Indahnya Budi Pekerti...

Anas melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata,
"Ada tiga perkara, sesiapa yang mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut dalam dirinya, beliau dapat merasakan manisnya iman..
1. Beliau lebih mengasihi Allah dan Utusan-utusannya daripada lain-lainnya.
2. Apabila beliau mengasihi manusia lain semata-mata kerana Allah.
3. Apabila beliau benci kembali kepada kekafiran selepas beliau diselamatkan oleh Allah daripada kekafiran itu sebagaimana bencinya beliau jika dirinya dilempar ke dalam api Neraka."
- Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Yang Maha Agung

Di dalam sebuah hadith Qudsi ALLAH swt berfirman:
"Aku tergantung pada persangkaan hambaKu terhadapKu.
Aku pasti bersamanya ketika dia mengingatiKu.
Maka jika dia mengingatiKu dalam dirinya,
Aku akan menyebutnya dalam diriKu.
Jika dia mengingatiKu dalam suatu jamaah,
Aku akan menyebutnya dalam suatu jamaah yang jauh lebih baik daripada mereka.
Jika dia mendekat kepadaKu sehasta,
Aku akan mendekat kepadanya sedepa.
Jika dia mendekat kepadaKu dengan berjalan,
Aku akan mendekatinya dengan berlari"
Muttafaq A'laih