Indahnya Budi Pekerti...

Anas melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata,
"Ada tiga perkara, sesiapa yang mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut dalam dirinya, beliau dapat merasakan manisnya iman..
1. Beliau lebih mengasihi Allah dan Utusan-utusannya daripada lain-lainnya.
2. Apabila beliau mengasihi manusia lain semata-mata kerana Allah.
3. Apabila beliau benci kembali kepada kekafiran selepas beliau diselamatkan oleh Allah daripada kekafiran itu sebagaimana bencinya beliau jika dirinya dilempar ke dalam api Neraka."
- Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Selasa, 5 Mei 2009



ADAB MASJID
Masjid adalah “Rumah Allah,tempat yang paling mulia di atas muka bumi. Apabila Allah melimpahkan rahmatNya,maka rahmat itu telah terlebih dahulu turun di masjid. Orang yang beriman semestinya rindu untuk sentiasa berada di dalam rumah Allah. Orang yang datang ke rumah Allah pasti dimuliakan oleh Allah. Dengan itu, jagalah ketika berada di rumah Allah. Adab-adab masjid :
1. Memastikan masjid sentiasa berada dalam keadaan bersih daripada segala kekotoran.
2. Jangan berjual beli di dalam masjid.
3. Masjid di bandar/kota adalah negeri (tempat )yang paling dikasihi Allah
ADAB PERGI KE MASJID
1. Ikhlaskan niat kerana Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk.
2. Memastikan tubuh badan yang bersih, jauh daripada bau yang busuk.
3. Memperbanyakkan langkah ke masjid kerana setiap langkah akan diberi satu darjat dan dihapuskan satu dosa kecil.

ADAB MEMASUKI MASJID
1. Masuk dengan langkah kanan.
2. Menyebut nama Allah dan salam pada Rasulullah
3. Membaca doa masuk masjid.

ADAB DALAM MASJID
1. Niat beriktikaf dalam masjid.
2. Solat sunat Tahiyyatul masjid 2 rakaat.
3. Memperbanyakkan ibadat seperti berzikir dan membaca Al-Quran.
4. Jangan meninggikan suara di dalam masjid ataupun berbuat bising yang boleh mengganggu orang lain beribadat atau beriktikat.
5. Janganlah keluar apabila azan telah dilaungkan.

ADAB KELUAR MASJID
1. Keluar dengan langkah kiri.
2. Menyebut nama Allah dan salam kepada Nabi.
3. Membaca doa keluar masjid.
4. Keazaman di hati untuk datang kembali solat berjemaah pada solat waktu yang akan datang.